Isnin, 23 November 2015

1961 : ALI BABA BUJANG LAPOK

Kebijaksanaan P.Ramlee Membawa Maksud Tersirat Dalam Filem Ini Menceritakan Situasi Hari Ini.

Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, 40 orang penyamun dipakaikan dengan perbagai jenis pakaian antaranya pakaian seragam tentera, doktor, tuan majistret & perbagai profesion lain. Mungkin itulah gambaran yang hendak ditunjukkan oleh P.Ramlee kepada jenayah-jenayah kolar putih yang bakal dan sedang berlaku hari ni. Dari pangkat menteri, peguam negara, amil penjaga wang zakat & harta anak yatim, pengerusi Tabung Hajjah, pegawai tinggi badan beruniform hinggalah ke jawatan-jawatan lain di peringkat kerajaan semua terlibat dengan korupsi, salah guna kuasa, mencuri dan menindas. Namun yang kita jarang sedar ialah watak ketua penyamun yang mana di akhir babak ketua penyamun memakai lebai siap berjubah dengan berkata ''saya sudah bertaubat...'' ketika datang mencari rumah Kassim Baba untuk menyimpan tong-tong minyak.

Maksud ''saya sudah bertaubat'' selalu kedengaran di negara kita apabila pilihan raya hampir tiba. Tetapi dengan istilah yang berlainan seperti ''berikan kami sepenggal lagi untuk menambahbaikkan negara'' , ''ampunkan kesilapan kami '' dan sebagainya. Pada ketika itulah ketua penyamun ini datang ke kampung-kampung dengan berlebai dan berjubah sambil menyantumi masyarakat. Tujuannya adalah untuk mencandui rakyat dengan penampilan berupa agamawan.

Ada maksud tu bagi yang suka menilai & mengkaji. Apa yang bagusnya filem ini ialah pengakhirannya. Yang tamatkan riwayat ketua penyamun itu ialah Marjeena, seorang hamba biasa yang telah menikam belakang dada ketua penyamun tersebut.

Dalam konteks negara kita pada hari ini, pengakhiran macam itulah yang rata-rata rakyat sedang nantikan iaitu kejatuhan pemimpin-pemimpin perompak dalam negara oleh tangan-tangan jelata yang telah ditindas.

Adakah kali ini kita tidak akan dicandui lagi ?
Sekali khayal kena 'candu' membolehkan harta kita terus dirompak buat 5 tahun lagi. Jadi, 'tikam' dan hukumlah perompak negara pada kertas undi pada pilihan raya umum akan datang ! Sumber:FBhang jangan dok buat lecey

Tiada ulasan:

Catat Ulasan