Isnin, 21 Disember 2015

Rayani Air patuh shariah pertama di Malaysia,Tahniah diucapkan!

Tahniah Rayani Air yang mengumumkan sebagai syarikat penerbangan patuh shariah pertama di Malaysia, kerana :-
1. Tiada hidangan alkohol (namun ujian sebenar kepada polisi ini adalah apabila wujud perjalanan antarabangsa dan bukan hanya domestik)
2. Staff muslimah diwajibkan berhijab
3. Dimulakan dengan doa
4. Makanan yang dihidang berstatus Halal.

Apa yang lebih manis apabila, pengasas dan pemiliknya iaitu Ravi Alagendrran (Founder) dan Dato Karthiyani Govindan adalah dari bangsa India dan bukan pula beragama Islam (Maaf jika tersilap & pohon dimaklumkan jika saya silap). Ia hebat, kerana yang bukan Islam pula yang mampu mendokong ciri-ciri Islam dalam pesawat milik mereka berbanding orang Islam.

Namun patuh Shariah janganlah hanya dihadkan kepada empat item itu sahaja tetapi juga lain-lain ciri, antaranya :-
1. Kualiti pekerja menjadi keutamaan
2. Gaji pekerja kompetitif iktiraf pencapaian (khususnya bila sudah berkembang nanti)
3. Syarikat tidak berhutang dari bank konvensional dengan riba.
4. Wang tunai & pelaburan syarikat disimpan di institusi kewangan halal.
5. Penyelenggaraan pesawat wajib sentiasa ikut SOP tertinggi keselamatan.
6. Harga tiket yang kompetitif
7. Penumpang ditawar untuk ambil perlindungan takaful dan bukan insuran.
8. Membayar hutang supplier 'on time' berdasarkan terma kontrak.
9. Bersifat mesra pelanggan OKU, yang uzur & memerlukan.
10. Jangan wujud caj tersembunyi (hidden charges) dalam harga tiket dan caj bagasi tersembunyi.

Apapun tahniah kerana tidak termakan dengan dakwaan murahan sesetengah pihak kononnya arak diperlukan di dalam pesawat kerana itu nilai komersial sesebuah pesawat, kain perlu terbelah dan seksi kerana daya tarikan pelanggan.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
PRESIDEN MURSHID

Jumaat, 11 Disember 2015

Tarikh pembayaran BR1M 2016

Tarikh pembayaran BR1M 2016 kepada penerima yang layak telah ditetapkan. Wang BR1M 2016 akan dibayar secara berperingkat mengikut kategori. Pembayaran pertama BR1M 2016 adalah pada tarikh 28 Januari 2016. Untuk kategori individu bujang, mereka akan mendapat RM400 sekaligus pada tarikh tersebut. Bagi kategori lain, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan di bawah.

Menerusi pembentangan BAJET 2016, jumlah BR1M 2016 telah dinaikkan. Berikut adalah kadar baru pembayaran BR1M 5.0 untuk tahun 2016.

Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September 2016.

Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM1,050Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM1,000Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM800

Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2016.

Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 –RM400

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050

Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000

Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000:RM800

Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016Ansuran Ke Empat: RM200 pada 28 September 2016

Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

RM400 pada 28 Januari 2016

Cara Pembayaran BR1M 2016

Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

Kemaskini BR1M 2016 anda sekarang KLIK SINI

Rabu, 9 Disember 2015

Pendidikan agama dipertingkatkan

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar bertitah supaya pendidikan agama di negeri ini diberikan tumpuan secara menyeluruh.

“Dalam suasana dunia hari ini yang semakin mencabar, kualiti pendidikan agama Islam perlu dipertingkatkan dan pengurusan hal-ehwal agama juga perlu dijalankan dengan lebih tersusun” titah baginda di dalam entri Facebook rasmi-Nya, hari ini.

Sultan Ibrahim juga menekankan tumpuan turut diberikan kepada penyediaan kemudahan dan fasiliti yang terbaik bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah sistem pengurusan yang cemerlang.

“Tumpuan perlu diberikan bukan sahaja kepada pelajaran dan kurikulum pelajar, tetapi juga kepada kemudahan tempat belajar yang selesa. Pengurusan yang cekap dan keupayaan tenaga pengajar yang cemerlang perlu diberikan perhatian yang serius,” titah Sultan Johor.

Isnin, 7 Disember 2015

SULTAN JOHOR ISYTIHAR ISKANDAR PUTERI NAMA BAHARU NUSAJAYA

KULAIJAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengisytiharkan Iskandar Puteri sebagai nama baharu pusat pentadbiran negeri, Nusajaya. 

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata Sultan Johor turut memberi perkenan nama Tangkak bagi menggantikan daerah Ledang dan Kulai bagi Kulaijaya. 

Katanya, kerajaan negeri sudah meluluskan pertukaran nama itu dan kini dalam proses untuk mewartakannya dan dijangkakan berkuat kuasa Januari tahun depan. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia kali ke-4 di sini, hari ini.

Khamis, 3 Disember 2015

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Rabu, 2 Disember 2015

WhatsApp untuk Android sekat pautan Telegram

WhatsApp, syarikat aplikasi bual gergasi menyekat pautan yang me­ngandungi perkataan ‘telegram’, yang juga nama pesaingnya bagi pengguna Android.Menurut laporan Mashable, perkara tersebut pertama kalinya dikenal pasti oleh pengguna Reddit pada Isnin lalu, bagaimanapun sekatan tersebut hanya dibuat untuk aplikasi WhatsApp di Android sahaja dan bukan di iOS.Walaupun Telegram adalah pesaing kepada WhatsApp, bila­ngan pengguna syarikat itu masih lagi kecil berbanding WhatsApp.

Pada bulan Mei lalu, Telegram mendakwa mereka mempunyai 62 juta pengguna aktif bulanan, manakala WhatsApp mendakwa 900 juta pengguna aktif bulanan pada bulan September.Kata laporan itu, walaupun tidak hampir sebesar WhatsApp, Telegram mempunyai pangkalan pengguna yang besar dan sebelum ini telah menarik berjuta-juta pengguna apabila WhatsApp mengalami gangguan perkhidmatan utama.Walaupun kedua-dua aplikasi menawarkan ciri mesej yang serupa, Telegram mendakwa perkhidmatannya lebih selamat. Telegram juga menawarkan saluran awam, yang telah melalui penelitian beberapa minggu lalu. Aplikasi ini juga menyekat 78 saluran berkaitan ISIS pada bulan lepas.Ketua Pegawai Eksekutif Te­legram, Pavel Durov dalam tweet beliau berkata, terdapat kira-kira 80 peratus daripada penggunanya menggunakan Android dan perkara tersebut menjelaskan mungkin mengapa WhatsApp hanya akan menyekat pautan di platform itu.

Penyekatan tersebut dibuat selepas syarikat induknya, Facebook baru-baru disekat pautan ke Tsu.co, rangkaian sosial yang membayar penggunanya termasuk peratusan daripada pendapatan iklan setiap kali mereka membuat ‘post’.Facebook menuduh Tsu.co menggalakkan ‘perkongsian spam,’ dan oleh itu mereka menyekat pautan terbabit.

Pautan tersebut disekat pada Facebook, Facebook Messenger dan Instagram, namun tidak di WhatsApp.- See more at: http://m.utusan.com.my/bisnes/korporat/whatsapp-untuk-android-sekat-pautan-telegram-1.164899#sthash.QuEvu59B.dpuf

Kemaskini BR1M 2016 Sabtu ini

Permohonan baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan akan dibuka mulai Sabtu ini hingga 31 Disember, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata selain permohonan baharu, mereka yang ingin mengemas kini maklumat juga boleh melakukannya pada tarikh tersebut
Dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https//:ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.Mereka juga boleh mendapatkan borang BR1M 2016 di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata permohonan baharu dan mengemaskini maklumat boleh dilakukan dalam talian."Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih," katanya.

Ahmad Husni berkata bagi permohonan baharu, pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi."Penerima sedia ada (2015) juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran," katanya."Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. 

Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016," katanya.Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Bagaimana Untuk Uji Kesegaran Telur?


Kebanyakkan daripada kita apabila membeli telur  ayam di pasaraya ataupun di pasar dalam satu bekas anda mungkin sukar untuk tentukan telur tersebut elok ataupun tidak. Ini kerana tidak tertera pun tarikh luput di bekas telur tersebut. Namun jangan bimbang anda sebenarnya boleh membuat ujian untuk memastikan telur ayam tersebut dalam keadaan segar dan baik. Caranya mudah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama pun.

1. Masukkan telur ayam satu persatu ke dalam air sedalam empat inci.

2. Telur yang tenggelam di dasar merupakan telur yang segar.

3. Manakala sekiranya telur tersebut terapung di permukaan air, ini bermaksud ia sudah tidak lagi dalam keadaan segar dan baik.

Sumber: www.impiana.my

Selasa, 1 Disember 2015

Cerita Rakyat

Kisah benar...Dah lebih 20 tahun Abu (nama sebenarnya adalah Hafizi Harris) tidak pulang ke rumah ayahnya setelah dia dihalau kerana mau pergi ke KL untuk mencari kerja.

Ayahnya tidak suka dia bekerja d KL. Bahkan ayahnya menyatakan dia tidak akan menemukan kebahagian di sana. Abu tak peduli, dia nekad meninggalkan ayahnya. Sejak itu dia langsung tidak pulang ke kampung menemui ayahnya, dia ingin buktikan dia boleh berjaya di KL.

Terdetik hatinya utk pulang bila dia rasakan dia sudah berjaya dalam kehidupannya. Dia kini sudah beristeri dan dikurniai seorang anak. Dia sudah mampu memiliki sebuah Honda Accord.

Sampai di kampungnya dia terkejut dengan perubahan yang dilihatnya sehingga dia lupa jalan ke rumahnya. Deretan rumah-rumah kayu yang dahulunya di pinggir jalan sudah tiada lagi, semuanya digantikan dengan rumah-rumah batu yang besar.

Abu melihat sekitar, dia sudah tidak lagi dapat mengingat jalan ke rumah ayahnya.

Dia berhenti di sebuah restoran. Abu mendekati seorang pakcik yang sedang berjalan menuju keretanya dan bertanya, "Pak cik di mana rumah pak Mat tukang?"

"Eh, kamu ni Abu anak Pak Mat tukang, ye?"

Abu mengangguk,

"Ayah kau dah pindah duduk banglow di jalan depan ni...dia dah lama xtak duduk sini....dia sekarang dah pakai bmw 7 series..."

Terlopong Abu mendengar penjelasan pakcik tu

"Pakcik....bagaimana ayah saya boleh jadi mcm tu? " Abu bertanya hairan.

"Tu lah kamu tak sabar, orang kampung semua dah senang lenang, ada banglow, kereta mewah...ayah kau tu baru balik dari melancong di Hawaii.."

Abu tak sabar nak tahu apa yang telah mengubah kehidupan di kampungnya " Apa yang mengubah semua ni, pakcik?"

"BR1M"

Sumber :FB

HATI-HATI DGN PISANG DURJANA

 

Kawan-kawan, rasanya ramai antara kita yang suka makan Pisang. Betul tak?? Peribahasa Melayu pernah menyatakan "Dalam Setandan Pisang bukan semuanya baik-baik belaka, Pasti ade yang rosak" TETAPI tahukah kita bahawa pisang yang kita beli yang nampak seperti Baik @ Cantik Rupa-rupanya disahkan 100% PENYEBAB KANSER dan juga jangkitan di dalam Perut.

Pisang ini adalah pisang yang telah dipaksa untuk masak setelah direndam dalam air bercampur "CARBIDE" atau dalam bahasa melayu Kabait.

ELAKKAN makan atau membeli Pisang yang direndam dalam air Kabait ini!!

Bagaimanakah Ingin Mengenali Pisang Jenis Kabait ini??

Pisang yang biasanya masak secara normal biasanya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna Coklat atau Hitam dan batangnya juga berwarna Hitam atau Gelap sedikit (Gambar Bahagian Atas).

Pisang yang telah direndam dengan air Kabait ini pula berwarna Kuning Cerah dan batangnya pula berwarna hijau tanpa sebarang Bintik-bintik Hitam (Gambarajah Bahagian Bawah).

Carbide@Kabait adalah bahan kimia yang bila bercampur dengan air akan menghasilkan haba dan gas yang jika di biar dalam ruang tertutup akan menghasilkan gas yang lebih kuat dari  LPG Gas. Pisang yang direndam dalam air Kabait akan menyebabkan Gas tersebut meresap masuk ke bahagian dalam Pisang. Penyerapan yang berlebihan di dalam Pisang akan menyebabkan peratusan yang Tinggi akan masuk ke dalam badan.

Kandungan Kabait yang Tinggi di dalam badan akan menyebabkan tumor dan cancer bole tumbuh di bahagian perut.

Oleh itu, sebelum membeli Pisang pastikan memilih Pisang yang masak secara Normal. ;)

Sumber:WhatsApp

Ahad, 29 November 2015

TIGA JENIS KAWAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI

- Kawan yang pertama
Kawan yang ADA ILMU, bila kita berkawan dengan dia,dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

- Kawan kedua
Dia TAK ADA ILMU, tapi kita ada ilmu dan DIA TERIMA ILMU dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

- Kawan yang ketiga
Dia TAK ADA ILMU, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia TAK TERIMA dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

Semoga Bermanfaat

Sumber:JAKIM

Tips Jimat kuota Internet

Adakah anda selalu menghadapi masalah kehabisan kuota Internet. Di sini anda dapat belajar cara jimat kuota Internet dengan SAH di sisi undang-undang.

Ia bergantung kepada disiplin anda sama ada mahu mengamalkan tips saya atau tidak. Saya ada 10 tips, bukti ia berkesan ialah dalam masa sebulan saya dapat jimat 1GB.

1. Jangan stream video
Tidak kira sama ada anda stream video dari Youtube atau player online lain, ini yang paling cepat memakan kuota Internet anda.

2. Penggunaan medium aplikasi Facebook
Facebook menggunakan banyak data untuk update news feed anda. Boleh lihat buktinya di data usage, Facebook selalunya berada top 5 apps paling tinggi makan kuota Internet.

3. Setkan update Google Play hanya via Wifi
Mungkin masih ada yang belum set pada Google Play untuk hanya update apps jika menggunakan wifi. Kalau auto update memang makan kuota Internet anda.

4. Whatsapp dan Wechat
Whatsapp dan Wechat tidak makan banyak kuota malah pelan basic Internet (Maxis) pun boleh menghantar dan menerima mesej dengan pantas.

5. Kurangkan stalk gambar Awek di Instagram
Secara jujurnya, Instagram memang makan kuota. Jika anda buka hanya untuk approve request tiada masalah, tapi jika anda buka untuk stalk orang anda akan habiskan dalam 10-20 MB. Nak stalk elok pakai wifi.

6. Jangan tethering dengan kawan
Kadang kala kita perlu berpada-pada dalam menolong. Internet bukan murah, dan setiap MB di dalam smartphone sangat bernilai. Pernah dulu saya buat tethering, sekali kawan guna tak ingat dunia stream video.

7. Gunakan apps feed reader berbanding browser untuk membaca berita

Aplikasi yang mempunyai fungsi feed reader bagi berita terkini lebih jimat kuota Internet berbanding anda melayari portal berita. Feed reader hanya memaparkan teks manakala melayari menggunakan browser ia tertakluk kepada portal tersebut sama ada mobile friendly atau tidak.

Tips ni memang nampak macam tak ada kebebasan untuk berinternet, tapi kalau nak jimat gunakanlah tips ni dijamin berkesan…

Sabtu, 28 November 2015

Sultan Johor Haramkan Vape

Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

Jumaat, 27 November 2015

Warga emas bina rakit hadapi banjir

KUALA KRAI - Seorang warga emas mengambil inisiatif membina rakit untuk meletakkan barang sebagai persiapan menghadapi banjir di Kampung Budi, dekat sini.

Mamat Deris, 84, berkata, dia mengambil inisiatif itu kerana masih trauma dengan banjir besar tahun lalu, sehingga menyebabkan semua harta benda miliknya musnah.

Menurutnya, dia sanggup membelanjakan sejumlah wang kira-kira RM1,000 semata-mata untuk menyiapkan rakit berkenaan.

“Rakit yang dibina mengambil masa lima hari untuk disiapkan seorang diri. Bahan yang diperlukan pula terdiri dari lapan tong sabun, kayu dan khemah.

“Khemah ini mampu menampung barang dalam rumah pakcik dan anak yang tinggal berjiran. Kalau banjir.. barang akan dipindahkan ke dalam rakit, sementara kami berpindah ke pusat pemindahan. Pakcik yakin barang tidak akan tenggelam kalau banjir,” katanya kepada Sinar Harian.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia membuat persiapan awal bagi mengelak keadaan kelam kabut.

“Kalau banjir.. pakcik dah ada tempat untuk selamatkan barang. Kalau tak banjir syukurlah.. rakit ini boleh dijadikan tempat berehat,” katanya yang mempunyai 20 cucu.

Menurut Mamat, rumahnya yang didiami sejak 1960-an itu tenggelam ketika kemuncak banjir besar yang melanda kampungnya pada 22 Disember tahun lalu.

Katanya, ia merupakan banjir terburuk pernah dia lalui berbanding kejadian banjir besar yang berlaku pada 1967.

“Banjir besar juga melanda kampung ini pada 1978, namun tidak lah sebesar tahun lalu,” katanya yang merupakan antara penduduk tertua di kampung itu.

Tambahnya, dia tetap bimbang jika banjir besar sekali lagi melanda kampungnya, tetapi sekurang-kurangnya barangnya ada tempat untuk dipindahkan.

Banjir besar tahun lalu, memberikan kesan mendalam kepada mangsa terdiri daripada sebahagian besar penduduk di daerah ini, sekali gus menjadi garis panduan dan pengajaran buat mereka untuk berhadapan cabaran ketika musim tengkujuh.

Ada dalam kalangan mangsa yang hilang tempat tinggal dan harta benda, malah ada yang masih trauma hingga kini setiap kali hujan.

Pekerja muda digalakan banyak menyimpan

Pekerja muda perlu lebih banyak menyimpan bagi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi untuk kehidupan selepas persaraan, yang terbaik mengumpulkan 12 hingga 14 kali gaji tahunan terakhir mereka, kata Allianz Asset Management AG.

Ini penting kerana skim pencen persaraan Malaysia tidak menyediakan pendapatan persaraan yang mencukupi, kata Ketua International Pensions, Brigitte Miksa.

“Pekerja yang hampir dengan usia persaraan hari ini akan menghabiskan aset mereka dalam tempoh lima tahun pertama daripada persaraan mereka.

“Justeru, mewujudkan fasa perbelanjaan terancang dengan anuiti sebagai elemen utama merupakan satu cara untuk melindungi individu daripada risiko lanjut usia (risiko hidup lebih lama daripada aset),” katanya pada sidang akhbar susulan taklimat mengenai ‘Kesediaan Persaraan di Malaysia dan Pembaharuan Diperlukan’ di sini, pada Jumaat.

Memetik petunjuk Allianz Retirement Income Adequacy, Miksa berkata pendapatan persaraan yang disediakan oleh skim pencen Malaysia merupakan antara yang kurang mencukupi dalam kalangan 49 negara.

Beliau berkata satu daripada langkah paling efektif bagi meningkatkan kecukupan adalah melanjutkan hayat bekerja, kerana ia mengurangkan risiko hidup lebih lama daripada aset terkumpul dan melanjutkan proses penyimpanan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd, Rangam Bir berkata pekerja muda perlu mula menyimpan seawal mungkin.

“Untuk memiliki aset jangka panjang yang mapan, anda perlu mempunyai sumber berpotensi bagi persaraan.

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, merupakan satu daripadanya, tetapi setiap individu perlu mempunyai pemilikan sendiri dengan memiliki akaun skim persaraan swasta berasingan, atau produk berkaitan insurans hayat atau kesihatan,” katanya.

Rangam berkata aset yang disimpan sehingga usia persaraan 55 tahun tidak mencukupi kerana pekerja hidup lebih lama berikutan kenaikan jangka hayat.

Bahagian pasaran insurans hayat Allianz ketika ini berjumlah lapan peratus dan dijangka berkembang dengan produk baharu dalam perancangan pada tahun depan.

Sumber:TheRakyatPost

Rabu, 25 November 2015

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

1. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu ( kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kbiasaannya di pintu2.

2. Lazimi membaca dn memasang ayt suci alquran di rumah.

3. Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.

4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.

5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

7. Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

9. Bagi rumah yg pintu2nya berhadapan dgn pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu2 yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

10. Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

11. Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

12. Elakkan duduk di pintu.

13. 'Pagar' rumah setiap hari.

14. Selalu2 baca surah AlBaqarah.

15. Selalu alih2kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

CARA MANDI RASULULLAH SAW

��

Cara mandi yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW:

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

��Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.

✅Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak ⚡!!!

��Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

��Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

��Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.
In shaa Allah..

Isnin, 23 November 2015

1961 : ALI BABA BUJANG LAPOK

Kebijaksanaan P.Ramlee Membawa Maksud Tersirat Dalam Filem Ini Menceritakan Situasi Hari Ini.

Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, 40 orang penyamun dipakaikan dengan perbagai jenis pakaian antaranya pakaian seragam tentera, doktor, tuan majistret & perbagai profesion lain. Mungkin itulah gambaran yang hendak ditunjukkan oleh P.Ramlee kepada jenayah-jenayah kolar putih yang bakal dan sedang berlaku hari ni. Dari pangkat menteri, peguam negara, amil penjaga wang zakat & harta anak yatim, pengerusi Tabung Hajjah, pegawai tinggi badan beruniform hinggalah ke jawatan-jawatan lain di peringkat kerajaan semua terlibat dengan korupsi, salah guna kuasa, mencuri dan menindas. Namun yang kita jarang sedar ialah watak ketua penyamun yang mana di akhir babak ketua penyamun memakai lebai siap berjubah dengan berkata ''saya sudah bertaubat...'' ketika datang mencari rumah Kassim Baba untuk menyimpan tong-tong minyak.

Maksud ''saya sudah bertaubat'' selalu kedengaran di negara kita apabila pilihan raya hampir tiba. Tetapi dengan istilah yang berlainan seperti ''berikan kami sepenggal lagi untuk menambahbaikkan negara'' , ''ampunkan kesilapan kami '' dan sebagainya. Pada ketika itulah ketua penyamun ini datang ke kampung-kampung dengan berlebai dan berjubah sambil menyantumi masyarakat. Tujuannya adalah untuk mencandui rakyat dengan penampilan berupa agamawan.

Ada maksud tu bagi yang suka menilai & mengkaji. Apa yang bagusnya filem ini ialah pengakhirannya. Yang tamatkan riwayat ketua penyamun itu ialah Marjeena, seorang hamba biasa yang telah menikam belakang dada ketua penyamun tersebut.

Dalam konteks negara kita pada hari ini, pengakhiran macam itulah yang rata-rata rakyat sedang nantikan iaitu kejatuhan pemimpin-pemimpin perompak dalam negara oleh tangan-tangan jelata yang telah ditindas.

Adakah kali ini kita tidak akan dicandui lagi ?
Sekali khayal kena 'candu' membolehkan harta kita terus dirompak buat 5 tahun lagi. Jadi, 'tikam' dan hukumlah perompak negara pada kertas undi pada pilihan raya umum akan datang ! Sumber:FBhang jangan dok buat lecey

Mustafa Kemal Atartuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi saya untuk menulis artikel yang penuh berilmu ini. Seperti yang dilihat dalam gambar di atas, jelas beliau merupakan Bapa Kemrdekaan Turki yang dikenali sebagai Mustafa Kemal Atartuk.  Beliau telah berjaya menjatuhkan kepimpinan khalifah dan menjadikan Turki sebagai sebuah negara sekular yakni perlembagaan tanpa menghiraukan agama. Kemunculannya bukannya menyatukan umat Islam, malah telah memecahbelahkan lagi keadaan umat Islam pada masa itu sehinggalah hari ini.

PRAKATA

Mustafa Kemal Atatürk atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

LATAR BELAKANG
sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini sejak dari kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah dipogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami kepada Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem Barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

Ketika Mustafa Kemal mencapai usia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir (kini Bitola, Republik Macedonia). Mustafa menyertai Akademi Tentera Uthmaniyyah di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Horriyet' yang membawa maksud 'Tanah air dan kebebasan'. Gerakan sulit ini aktif menentang Khilafah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.

Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan di Barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Di sinilah bermulanya usaha Kemal Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyah dan agama Islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam. Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. 'Republik Turki' yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dab Ataturk tleha menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem Khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung yang menjadi benteng umat Islam di seluruh dunia ketika itu di mana telah digantikan dengan sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan si laknatullah Mustafa Kemal Ataturk.

Khalifah dinasti Uthmaniyyah yang terakhir, Sultan Abdul Majid seperti yang berada di dalam gambar telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah khilafah di Turki pada Subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai pleh Laknatullah Mustafa Kemal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gra si Kamal Ataturk keparat ini.

Di antara pembaharuan dan pemodenan besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem kekhalifahan Islamiah ialah:

a) Menandatangani Perjanjian Luzan
Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kemal Ataturk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu Barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi pleh beliau iaitu:

Sistem Kahlifah Islamiah mesti dihapuskan
Mengeluarkan atau menghapuskan sesiapa sahaja penyokong kalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular)sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama yang mengikut syariat Islam. Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan sistem Khalifah Islamiah yang telah wujud sejak dari zaman Khulafa' Ar-Rashidin lagi dan tidak mahu melaksanakan syariat ISlam dalam urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan sistem pemerintahan sekular ciptaan barat Kristian dan akhirnya daulah Islamiah yang tegal berdiri akhirnya runtuh.

b) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-Undang Barat
Setelah berkuasa, Mustafa Kemal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit iaitu di ambil sedikt undang-undang sivil dari Switzeland, undang-undang jenayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. apa yang dilakukan adalah satu usaha ke arah mahu melaksanakan kehendak perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dri dilaksanakan di dalam sistem pemerintahan Turki.

c) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan   Negara
Mustafa Kamal merupakan pemimpin Negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau pernah menyebut "Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik". Ini beerti beliau  telah menerima dan melaksanakan fahaman sekular yang diambil dari Barat dan sitem pemerintahannya. Sistem ini memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya jaran yang lengkap dan sempurna, ajarannya meliputi segala urusan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ajarannya meliputi akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik Nabi SAW, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga perkara pokok di ata. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga, bersukan dan lain-lain lagi.

d) Azan dalam bahasa Turki.
Setlah Mustafa berkuasa, beluai mengeluarkan perintah kepada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasulullah SAW dalam bahasa Arab sebagaiman yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu, di beberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada ISlam tetap melakukan azan dalam bahsa Arab secara senyap-senyap nagi mengelak dari diketahui oleh pihak berkuasa.

e) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki
Bukan sahaja azan dipaksa dilaungkan dalam bahasa Turki malah Al-Quran juga dpaksa untuk dicetak dalam bahasa Turki dengan menggunakan tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak dalam Bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama ISlam dahulu dan sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain bahasa Arab.

f) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat
Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kemal memaksa mereka membuka hijab, mengharamkan pemakaian tudung tetapi beliau menggalakkan wanita Islam mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus, serban dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah orang Barat.

g) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad
Kalau sebelum itu seluruh negara Islam menjadikan cuti umum pada hari Jumaat, Mustafa Kemal merupakan pemimpib Islam pertama yang menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negara-negara barat kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau ingin mengikut cara Barat dan anti Islam. itu adanya agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru gaya Barat. Selain itu beliau juga menukar kalender Hijrah kepada kelender tahun Masihi seperti yang diamalkan di Barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan menggunakan cuti hari Ahad dan mengikut kalender tahun Masihi sehingga ke hari ini.

Lain-lain pembaharuan atau dosa yang dilakukan Kamal Ataturk
- Menghapuskan penggunaan kalender Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
- Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
-Menghapuskan Kementerian Wakaf dan menghapuskan Kementerian Perundangan Syariah.
-Menukar Masjid Ayasopia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
-Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang jemaah.
-Membatalakan undang-undang waris, faraid secara Islam.
-Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
-Agama Islam telah digugurkan sebagai agama rasmi negara.

seteah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Uthmaniyyah, banyak pula ulama yang masih teguh dengan amaln-amalan mereka dibunuh terutama ulama-ulama sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat seperti mana kata-kata beliau yang bertajuk "Ataturk's Republic of Culture" yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh syeikh-syeikh dan ahli-ahli Tareqat yang bersangkut-paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Jelas lagi terbukti kebencian dan kesungguhan belaiu, si kamal Atatturk ini melenyapkan syiar Islam di bumi yang pernah membawa zaman kegemilangan Islam pada zaman dahulu kelak yang amat digeruni oleh musuh-musuh Islam termasuklah Rom Timur. Oleh kerana pelbagai pembaharuan yang bertentangan dengan Islam dilaksanakan di bumi ini, lama-kelamaan syiar Islam lenyap dan berkurang malah telah menjadikan rakyat serta negara Turki ini menjadi sekular sehingga ke hari ini.

Kematian Kamal Ataturk Yang Menyeksakan
Allah itu Maha Adil, di saat kematian Kemal Ataturk, Allah telah mendatangkan beberapa azab penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya, didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung, penyakit darah tinggi, merasa panas sepanjang mas dan tidak pernah merasa sejuk bahkan sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan akan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggunjawab telah menghantar beliau ke tengah lautn dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Masa Besar, panasnya juga masih belum hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama tuki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya.

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah itu Maha Agung, bumi sekali lagi tidak menerimanya. Habis Ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihakan, ulama-ulama sezaman dengan Kemal Ataturk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi allah tidak akan menerima Kemal Ataturk

Makam Mustafa Kemal Ataturk Laknatullah di celah batu-batuan marmar.

Inilah rentetan kisah sebenar Mustafa Kemal Ataturk yang membelakangi Islan dan Allah dan dalam masa yang sama ingin menjahanamkan Islam tetapi Allah swt itu maha berkuasa dan maha adil di atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh Kemal Ataturk si laknatullah yang memusuhi dan ingin melenyapkan sinar Islam dari muka bumi ini. Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Uthmaniyyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dasyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

H.S. Armstrong, antara seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu Al-Aghbar atau al-Hayah al-Khasah li taghiyyah telah menulis:

'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Solonika.'

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095 Hijrah bersamaan 1683 Masihi tetapi masih menganut agama yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377 Hijrah bersamaan 1957 masihi. Ada kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Bani Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanyapada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ahad, 22 November 2015

Penipuan dalam Talian

PENIPUAN DALAM TALIAN: Elakkan dari menjadi mangsa!

Sindiket penipuan ini biasanya akan memperdaya mangsa dengan cara menyamar sebagai pihak berkuasa yang memaklumkan bahawa ahli keluarga mangsa sama ada ayah, ibu atau anak mereka telah ditahan bagi tujuan membantu siasatan.

Sindiket kemudiannya akan mengarahkan mangsa memasukkan wang demi menyelamatkan ahli keluarga mangsa tadi daripada merengkok di dalam lokap.

Untuk mengelak menjadi mangsa penipuan ini:

- Jangan mudah percaya dengan mana-mana panggilan telefon terutamanya yang meminta anda memasukkan wang ke dalam sesuatu akaun bank.
- Jangan sesekali takut, gelisah atau malu untuk menghubungi semula mana-mana balai polis yang dikatakan tempat ahli keluarga itu ditahan.
- Jangan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda di dalam talian telefon.
- Jangan sesekali membuat transaksi wang kepada sesiapa yang tidak dikenali di dalam talian telefon.
- Jangan sesekali menyerahkan akaun bank sendiri kepada sesiapa bagi tujuan menyalahi undang-undang. Sumber:PDRM

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris ucap Tahniah

KUALA LUMPUR, Isnin — Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini mengucapkan tahniah kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang muncul juara pertandingan debat tahunan antara universiti Cambridge (Cambridge IV).

“Tahniah kepada UiTM dan UIAM kerana muncul juara pada Pertandingan Debat  Intervarsity Cambridge baru-baru ini,” kata Idris menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook beliau hari ini.

Idris juga merakamkan ucapannya kepada thestar.com.my yang menyiarkan berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar universiti di Malaysia, dengan UiTM memenangi hadiah utama bagi pertandingan keseluruhan, sementara UIAM menjuarai kategori  Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL), pada pertandingan yang diadakan selama dua hari mulai Jumaat lepas di Universiti Cambridge, United Kingdom.

UiTM diwakili Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron dan Jasmine Ho, kedua-duanya berusia 22 tahun.

UIAM diwakili oleh Ameera Natasha Moore, 22, dan Sara Rahim, 20, yang menewaskan Universiti Tel Aviv dari Israel serta Leiden A dan Leiden B, kedua-duanya dari Belanda.

Sebanyak 128 pasukan daripada pelbagai universiti termasuk Universiti Harvard, Universiti Oxford, London School of Economics, Universiti Toronto, Universiti Tel Aviv, Universiti Cornell dan Trinity College Dublin, menyertai pertandingan itu. — Bernama

Ibrahim International Business District Bakal Majukan Johor



JOHOR BAHRU, 22 Nov – Projek Ibrahim International Business District (IIBD) dan Coronation Square bakal melonjakkan Johor Bahru menjadi sebuah pusat perniagaan terkemuka di rantau ini, setanding dengan bandar-bandar yang terkemuka dunia.

Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata pembangunan strategik itu penting kerana dapat membantu meningkatkan taraf hidup komuniti setempat, menerusi limpahan kesan perniagaan dan aktiviti ekonomi yang lebih dinamik.

"Kedudukan Johor Bahru strategik kerana ia adalah salah satu pintu masuk utama negara, selain terletak bersebelahan dengan kota metropolis antara yang termaju dan membangun di dunia, Singapura"

"Johor Bahru perlu dilonjakkan sebagai Jauhari Selatan yang berciri global kerana ia bakal terhubung dengan infrastruktur Rangkaian Keretapi Laju yang moden yang disokong oleh pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa serta menerusi pertambahan penduduk dan kepesatan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Ibrahim International Business District dan Coronation Square yang disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, hari ini.

Mohamed Khaled berkata Coronation Square yang akan dibina berhampiran pusat itu bakal menjadi satu lagi mercu tanda ikonik Johor Bahru.

"Diharapkan ia mampu untuk tampil setanding dengan mercu tanda utama dunia seperti Trafalgar Square di London dan Times Square di New York," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, menurut Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, inisiatif itu merupakan kerjasama di antara JCorp dan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan Pelan Transformasi Johor yang mengutamakan pembangunan pro-rakyat yang inklusif.

Projek Coronation Square, dengan keluasan 2.53 hektar, akan menelan belanja RM3 bilion, manakala projek IIBD akan membabitkan pakej pembinaan  pusat perubatan, blok pangsapuri perkhidmatan, pejabat, hotel dan pusat perniagaan di atas tanah seluas 101 hektar.

Ahad, 28 Jun 2015

Assalamualaikum

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blog terbaru kawan utk kawan berkongsi apa yang berkongsi rasa nk kongsi.
Dalam blog ini macam-macam boleh dikongsikan.

Samalah juga sosial network yang lain,semuanya hendak dikongsi.tp dalam blog lebih meluas utk dikongsi

Ok selamat berkongsi!!