Isnin, 25 April 2016

Mancis Cap Lada masih ingatkah anda?

Mancis Cap Lada

Pernah suatu ketika dahulu, keluarga saya menggunakan Mancis atau dalam dialek kelantan dipanggil sebagai "gesek" dalam setiap aktiviti harian. Kebiasaannya diguna untuk menyalakan api bagi dapur kayu, rokok bagi lelaki yang menghisap rokok daun, menyalakan lilin.

Pertama kali saya dibawa masuk ke kilang mancis Kelantan Match Factory, saya tersenyum sendiri kerana teringat sejak saya kecil lagi saya sudah mengenali jenama ini. Namun tidak pernah pula terlintas bahawa suatu hari nanti saya akan melawat Kilang Mancis ini.

Tahukah anda, Kilang Mancis Cap Lada di Kelantan merupakan kilang mancis paling lama dan tertua di Malaysia. Ia dibuka sejak tahun sebelum merdeka iaitu pada 1933 sehingga kini (84 tahun) dan masih beroperasi. Kilang Mancis Cap Lada yang terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan kilang ini mampu menghasilkan sebanyak 800,000 kotak mancis dalam masa sehari.

Untuk pengetahuan, hanya kotak dan mancis sahaja yang dibuat di kilang ini, manakala batang mancis di import dari negara China kerana kos penyelenggaraan jauh meningkat.

Kilang ini boleh menghasilkan 800,000 kotak mancis sehari dengan penggunaan mesin lama dan proses penghasilannya yang masih menggunakan kaedah tradisional. Secara tak langsung, bukan sahaja memberikan pulangan dan manfaat kepada masyarakat setempat khususnya dapat menyumbang kepada pendapatan negara.

Hampir 30 orang pekerja yang sedang bertugas di Kilang Mancis tersebut. Tugas mereka tidaklah hanya khusus untuk sesuatu bahagian dalam menjalankan tugas, adakalanya mereka akan ditukarkan bahagian lain mengikut keperluan kilang.

Walaupun mendapat saingan yang sengit daripada pemetik api moden, Mancis Cap Lada tetap bertahan sehingga ke hari ini. Pada masa kini, mancis kayu masih lagi diperlukan walaupun permintaan dan pengeluarannya tidak sebanyak dahulu. Permintaan yang tinggi terhadap pemetik api moden mendorong situasi tersebut.

Bagaimana mancis yg hanya dijual dgn harga 10 sen sekotak mampu bertahan sehingga kini???




Khamis, 25 Februari 2016

Kisah menarik mimpi wali Allah ditanah perkuburan


Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan ,di dalam mimpi wali itu, wali tu ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Roh Org tua itu : Jikalau kau nak tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.

* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala roh pakcik tua yg hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.

Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya....

Jom laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:

Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, Malaikat berdoa untuknya iaitu "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Isnin, 21 Disember 2015

Rayani Air patuh shariah pertama di Malaysia,Tahniah diucapkan!

Tahniah Rayani Air yang mengumumkan sebagai syarikat penerbangan patuh shariah pertama di Malaysia, kerana :-
1. Tiada hidangan alkohol (namun ujian sebenar kepada polisi ini adalah apabila wujud perjalanan antarabangsa dan bukan hanya domestik)
2. Staff muslimah diwajibkan berhijab
3. Dimulakan dengan doa
4. Makanan yang dihidang berstatus Halal.

Apa yang lebih manis apabila, pengasas dan pemiliknya iaitu Ravi Alagendrran (Founder) dan Dato Karthiyani Govindan adalah dari bangsa India dan bukan pula beragama Islam (Maaf jika tersilap & pohon dimaklumkan jika saya silap). Ia hebat, kerana yang bukan Islam pula yang mampu mendokong ciri-ciri Islam dalam pesawat milik mereka berbanding orang Islam.

Namun patuh Shariah janganlah hanya dihadkan kepada empat item itu sahaja tetapi juga lain-lain ciri, antaranya :-
1. Kualiti pekerja menjadi keutamaan
2. Gaji pekerja kompetitif iktiraf pencapaian (khususnya bila sudah berkembang nanti)
3. Syarikat tidak berhutang dari bank konvensional dengan riba.
4. Wang tunai & pelaburan syarikat disimpan di institusi kewangan halal.
5. Penyelenggaraan pesawat wajib sentiasa ikut SOP tertinggi keselamatan.
6. Harga tiket yang kompetitif
7. Penumpang ditawar untuk ambil perlindungan takaful dan bukan insuran.
8. Membayar hutang supplier 'on time' berdasarkan terma kontrak.
9. Bersifat mesra pelanggan OKU, yang uzur & memerlukan.
10. Jangan wujud caj tersembunyi (hidden charges) dalam harga tiket dan caj bagasi tersembunyi.

Apapun tahniah kerana tidak termakan dengan dakwaan murahan sesetengah pihak kononnya arak diperlukan di dalam pesawat kerana itu nilai komersial sesebuah pesawat, kain perlu terbelah dan seksi kerana daya tarikan pelanggan.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
PRESIDEN MURSHID

Jumaat, 11 Disember 2015

Tarikh pembayaran BR1M 2016

Tarikh pembayaran BR1M 2016 kepada penerima yang layak telah ditetapkan. Wang BR1M 2016 akan dibayar secara berperingkat mengikut kategori. Pembayaran pertama BR1M 2016 adalah pada tarikh 28 Januari 2016. Untuk kategori individu bujang, mereka akan mendapat RM400 sekaligus pada tarikh tersebut. Bagi kategori lain, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan di bawah.

Menerusi pembentangan BAJET 2016, jumlah BR1M 2016 telah dinaikkan. Berikut adalah kadar baru pembayaran BR1M 5.0 untuk tahun 2016.

Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September 2016.

Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM1,050Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM1,000Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM800

Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2016.

Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 –RM400

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050

Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000

Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000:RM800

Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016Ansuran Ke Empat: RM200 pada 28 September 2016

Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

RM400 pada 28 Januari 2016

Cara Pembayaran BR1M 2016

Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

Kemaskini BR1M 2016 anda sekarang KLIK SINI

Rabu, 9 Disember 2015

Pendidikan agama dipertingkatkan

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar bertitah supaya pendidikan agama di negeri ini diberikan tumpuan secara menyeluruh.

“Dalam suasana dunia hari ini yang semakin mencabar, kualiti pendidikan agama Islam perlu dipertingkatkan dan pengurusan hal-ehwal agama juga perlu dijalankan dengan lebih tersusun” titah baginda di dalam entri Facebook rasmi-Nya, hari ini.

Sultan Ibrahim juga menekankan tumpuan turut diberikan kepada penyediaan kemudahan dan fasiliti yang terbaik bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah sistem pengurusan yang cemerlang.

“Tumpuan perlu diberikan bukan sahaja kepada pelajaran dan kurikulum pelajar, tetapi juga kepada kemudahan tempat belajar yang selesa. Pengurusan yang cekap dan keupayaan tenaga pengajar yang cemerlang perlu diberikan perhatian yang serius,” titah Sultan Johor.

Isnin, 7 Disember 2015

SULTAN JOHOR ISYTIHAR ISKANDAR PUTERI NAMA BAHARU NUSAJAYA

KULAIJAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengisytiharkan Iskandar Puteri sebagai nama baharu pusat pentadbiran negeri, Nusajaya. 

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata Sultan Johor turut memberi perkenan nama Tangkak bagi menggantikan daerah Ledang dan Kulai bagi Kulaijaya. 

Katanya, kerajaan negeri sudah meluluskan pertukaran nama itu dan kini dalam proses untuk mewartakannya dan dijangkakan berkuat kuasa Januari tahun depan. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia kali ke-4 di sini, hari ini.

Khamis, 3 Disember 2015

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..