Rabu, 2 Disember 2015

WhatsApp untuk Android sekat pautan Telegram

WhatsApp, syarikat aplikasi bual gergasi menyekat pautan yang me­ngandungi perkataan ‘telegram’, yang juga nama pesaingnya bagi pengguna Android.Menurut laporan Mashable, perkara tersebut pertama kalinya dikenal pasti oleh pengguna Reddit pada Isnin lalu, bagaimanapun sekatan tersebut hanya dibuat untuk aplikasi WhatsApp di Android sahaja dan bukan di iOS.Walaupun Telegram adalah pesaing kepada WhatsApp, bila­ngan pengguna syarikat itu masih lagi kecil berbanding WhatsApp.

Pada bulan Mei lalu, Telegram mendakwa mereka mempunyai 62 juta pengguna aktif bulanan, manakala WhatsApp mendakwa 900 juta pengguna aktif bulanan pada bulan September.Kata laporan itu, walaupun tidak hampir sebesar WhatsApp, Telegram mempunyai pangkalan pengguna yang besar dan sebelum ini telah menarik berjuta-juta pengguna apabila WhatsApp mengalami gangguan perkhidmatan utama.Walaupun kedua-dua aplikasi menawarkan ciri mesej yang serupa, Telegram mendakwa perkhidmatannya lebih selamat. Telegram juga menawarkan saluran awam, yang telah melalui penelitian beberapa minggu lalu. Aplikasi ini juga menyekat 78 saluran berkaitan ISIS pada bulan lepas.Ketua Pegawai Eksekutif Te­legram, Pavel Durov dalam tweet beliau berkata, terdapat kira-kira 80 peratus daripada penggunanya menggunakan Android dan perkara tersebut menjelaskan mungkin mengapa WhatsApp hanya akan menyekat pautan di platform itu.

Penyekatan tersebut dibuat selepas syarikat induknya, Facebook baru-baru disekat pautan ke Tsu.co, rangkaian sosial yang membayar penggunanya termasuk peratusan daripada pendapatan iklan setiap kali mereka membuat ‘post’.Facebook menuduh Tsu.co menggalakkan ‘perkongsian spam,’ dan oleh itu mereka menyekat pautan terbabit.

Pautan tersebut disekat pada Facebook, Facebook Messenger dan Instagram, namun tidak di WhatsApp.- See more at: http://m.utusan.com.my/bisnes/korporat/whatsapp-untuk-android-sekat-pautan-telegram-1.164899#sthash.QuEvu59B.dpuf

Kemaskini BR1M 2016 Sabtu ini

Permohonan baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan akan dibuka mulai Sabtu ini hingga 31 Disember, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata selain permohonan baharu, mereka yang ingin mengemas kini maklumat juga boleh melakukannya pada tarikh tersebut
Dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https//:ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.Mereka juga boleh mendapatkan borang BR1M 2016 di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata permohonan baharu dan mengemaskini maklumat boleh dilakukan dalam talian."Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih," katanya.

Ahmad Husni berkata bagi permohonan baharu, pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi."Penerima sedia ada (2015) juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran," katanya."Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. 

Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016," katanya.Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Bagaimana Untuk Uji Kesegaran Telur?


Kebanyakkan daripada kita apabila membeli telur  ayam di pasaraya ataupun di pasar dalam satu bekas anda mungkin sukar untuk tentukan telur tersebut elok ataupun tidak. Ini kerana tidak tertera pun tarikh luput di bekas telur tersebut. Namun jangan bimbang anda sebenarnya boleh membuat ujian untuk memastikan telur ayam tersebut dalam keadaan segar dan baik. Caranya mudah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama pun.

1. Masukkan telur ayam satu persatu ke dalam air sedalam empat inci.

2. Telur yang tenggelam di dasar merupakan telur yang segar.

3. Manakala sekiranya telur tersebut terapung di permukaan air, ini bermaksud ia sudah tidak lagi dalam keadaan segar dan baik.

Sumber: www.impiana.my

Selasa, 1 Disember 2015

Cerita Rakyat

Kisah benar...Dah lebih 20 tahun Abu (nama sebenarnya adalah Hafizi Harris) tidak pulang ke rumah ayahnya setelah dia dihalau kerana mau pergi ke KL untuk mencari kerja.

Ayahnya tidak suka dia bekerja d KL. Bahkan ayahnya menyatakan dia tidak akan menemukan kebahagian di sana. Abu tak peduli, dia nekad meninggalkan ayahnya. Sejak itu dia langsung tidak pulang ke kampung menemui ayahnya, dia ingin buktikan dia boleh berjaya di KL.

Terdetik hatinya utk pulang bila dia rasakan dia sudah berjaya dalam kehidupannya. Dia kini sudah beristeri dan dikurniai seorang anak. Dia sudah mampu memiliki sebuah Honda Accord.

Sampai di kampungnya dia terkejut dengan perubahan yang dilihatnya sehingga dia lupa jalan ke rumahnya. Deretan rumah-rumah kayu yang dahulunya di pinggir jalan sudah tiada lagi, semuanya digantikan dengan rumah-rumah batu yang besar.

Abu melihat sekitar, dia sudah tidak lagi dapat mengingat jalan ke rumah ayahnya.

Dia berhenti di sebuah restoran. Abu mendekati seorang pakcik yang sedang berjalan menuju keretanya dan bertanya, "Pak cik di mana rumah pak Mat tukang?"

"Eh, kamu ni Abu anak Pak Mat tukang, ye?"

Abu mengangguk,

"Ayah kau dah pindah duduk banglow di jalan depan ni...dia dah lama xtak duduk sini....dia sekarang dah pakai bmw 7 series..."

Terlopong Abu mendengar penjelasan pakcik tu

"Pakcik....bagaimana ayah saya boleh jadi mcm tu? " Abu bertanya hairan.

"Tu lah kamu tak sabar, orang kampung semua dah senang lenang, ada banglow, kereta mewah...ayah kau tu baru balik dari melancong di Hawaii.."

Abu tak sabar nak tahu apa yang telah mengubah kehidupan di kampungnya " Apa yang mengubah semua ni, pakcik?"

"BR1M"

Sumber :FB

HATI-HATI DGN PISANG DURJANA

 

Kawan-kawan, rasanya ramai antara kita yang suka makan Pisang. Betul tak?? Peribahasa Melayu pernah menyatakan "Dalam Setandan Pisang bukan semuanya baik-baik belaka, Pasti ade yang rosak" TETAPI tahukah kita bahawa pisang yang kita beli yang nampak seperti Baik @ Cantik Rupa-rupanya disahkan 100% PENYEBAB KANSER dan juga jangkitan di dalam Perut.

Pisang ini adalah pisang yang telah dipaksa untuk masak setelah direndam dalam air bercampur "CARBIDE" atau dalam bahasa melayu Kabait.

ELAKKAN makan atau membeli Pisang yang direndam dalam air Kabait ini!!

Bagaimanakah Ingin Mengenali Pisang Jenis Kabait ini??

Pisang yang biasanya masak secara normal biasanya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna Coklat atau Hitam dan batangnya juga berwarna Hitam atau Gelap sedikit (Gambar Bahagian Atas).

Pisang yang telah direndam dengan air Kabait ini pula berwarna Kuning Cerah dan batangnya pula berwarna hijau tanpa sebarang Bintik-bintik Hitam (Gambarajah Bahagian Bawah).

Carbide@Kabait adalah bahan kimia yang bila bercampur dengan air akan menghasilkan haba dan gas yang jika di biar dalam ruang tertutup akan menghasilkan gas yang lebih kuat dari  LPG Gas. Pisang yang direndam dalam air Kabait akan menyebabkan Gas tersebut meresap masuk ke bahagian dalam Pisang. Penyerapan yang berlebihan di dalam Pisang akan menyebabkan peratusan yang Tinggi akan masuk ke dalam badan.

Kandungan Kabait yang Tinggi di dalam badan akan menyebabkan tumor dan cancer bole tumbuh di bahagian perut.

Oleh itu, sebelum membeli Pisang pastikan memilih Pisang yang masak secara Normal. ;)

Sumber:WhatsApp

Ahad, 29 November 2015

TIGA JENIS KAWAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI

- Kawan yang pertama
Kawan yang ADA ILMU, bila kita berkawan dengan dia,dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

- Kawan kedua
Dia TAK ADA ILMU, tapi kita ada ilmu dan DIA TERIMA ILMU dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

- Kawan yang ketiga
Dia TAK ADA ILMU, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia TAK TERIMA dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

Semoga Bermanfaat

Sumber:JAKIM

Tips Jimat kuota Internet

Adakah anda selalu menghadapi masalah kehabisan kuota Internet. Di sini anda dapat belajar cara jimat kuota Internet dengan SAH di sisi undang-undang.

Ia bergantung kepada disiplin anda sama ada mahu mengamalkan tips saya atau tidak. Saya ada 10 tips, bukti ia berkesan ialah dalam masa sebulan saya dapat jimat 1GB.

1. Jangan stream video
Tidak kira sama ada anda stream video dari Youtube atau player online lain, ini yang paling cepat memakan kuota Internet anda.

2. Penggunaan medium aplikasi Facebook
Facebook menggunakan banyak data untuk update news feed anda. Boleh lihat buktinya di data usage, Facebook selalunya berada top 5 apps paling tinggi makan kuota Internet.

3. Setkan update Google Play hanya via Wifi
Mungkin masih ada yang belum set pada Google Play untuk hanya update apps jika menggunakan wifi. Kalau auto update memang makan kuota Internet anda.

4. Whatsapp dan Wechat
Whatsapp dan Wechat tidak makan banyak kuota malah pelan basic Internet (Maxis) pun boleh menghantar dan menerima mesej dengan pantas.

5. Kurangkan stalk gambar Awek di Instagram
Secara jujurnya, Instagram memang makan kuota. Jika anda buka hanya untuk approve request tiada masalah, tapi jika anda buka untuk stalk orang anda akan habiskan dalam 10-20 MB. Nak stalk elok pakai wifi.

6. Jangan tethering dengan kawan
Kadang kala kita perlu berpada-pada dalam menolong. Internet bukan murah, dan setiap MB di dalam smartphone sangat bernilai. Pernah dulu saya buat tethering, sekali kawan guna tak ingat dunia stream video.

7. Gunakan apps feed reader berbanding browser untuk membaca berita

Aplikasi yang mempunyai fungsi feed reader bagi berita terkini lebih jimat kuota Internet berbanding anda melayari portal berita. Feed reader hanya memaparkan teks manakala melayari menggunakan browser ia tertakluk kepada portal tersebut sama ada mobile friendly atau tidak.

Tips ni memang nampak macam tak ada kebebasan untuk berinternet, tapi kalau nak jimat gunakanlah tips ni dijamin berkesan…